Pertama Kali Buat Event untuk Faraain23

Event FIJO Festival Islam Halal Johor di Persada

1st time buat booth untuk Faraain23. Dari cuba-cuba dan suka-suka, terus menjadi suatu bisnes hakiki. Alhamdulillah. Ada cerita disebalik Faraain23 ni. Berpuluh puluh website dah deliver, baru sekarang nak ada website personal. Hihihi

Masa nak buka booth ni, memang lama dah aim event FIJO ni. Cuma macam konfiden dan tak je.

Ada cerita pahit di sebalik join event ni, Fara memang nak buat booth kat FIJO, skali saing dengan Faizul. Tapi Faizul dia buka booth dia sendiri untuk business dia. Nak dijadikan cerita booth yang kami pilih tu memang terletak dibelakang memang traffic tak memberangsangkan langsung. Dah la penat, penat tak ada customer. Selama dua hari berlangsung duduk kat Booth yang belakang yang dihalang oleh sponsor KPJ. Dorang tutup dengan papan laluan yang sepatutnya pelanggan nampak booth kami.

Kat sini la booth kami. Nampak tak nampak je la. Actually ni memang paling tepi. Kami pon tak tahu flow laluan pengunjung. Bila kami masuk hall utama hingga keluar, memang banyak laluan yang block jalan ke booth kami.
Dah hari kejadian pon tak pasang lagi papan tanda bisnes. Huhuhu kena bersabar.
Ni la booth kami, cuma kami je kat beakang sini. Dua booth je bukak kat belah belakang ni. Yang lain semua tarik diri la kot. Ada papan tanda tapi tak ada orang.

Hari kedua berlangsung macam ni, dengan traffic yang nan hado 2-3 ketul manusia je lalu tempat kami ni. End up kami pon tak ley la nak dok diam je kan. Kami pusing-pusing cari la prospek untuk kami kenalkan Faraain23 dan bisnes Faizul ni. Fara ternampak la booth yang kosong. Then Fara cakap kat Faizul, minta dia info kat organizer yang kami ni nak pindah booth. Sebab memang tak ada traffic langsung. Allhamdulillah, nasib baik organizer bagi. Memang bersyukur sangat. Dah dua hari rugi, lagi dua hari kita pulun la kaw-kaw menghabiskan flyers.

Alhamdulillah, 1st time buat booth kena jumpa ramai orang rasa macam gugup sikit. Lepastu tangan nak bagi flyers dan profile rasa macam berat je. Really memang tak konfiden. Tali end up gagahkan diri, sebab bayar booth untuk 4 hari bukan murah. Booth kecik camni je pon RM 1500 harga nya.

Dari kiri, masa ni bergambar dengan Mejar Faizul, Usahawan Cartel Daging & Tuan Pengarah Fama. Dorang bertiga ni dulu Geng Basikal gi Sekolah Limpoon sama-sama.

Pengalaman masa kat Fijo ni mengajar Fara untuk kena sentiasa mencabar kebolehan diri untuk berdepan dengan sesiapa sahaja. Ramai juga yang berminat nak buat website dengan Faraain23. Ada juga yang memberikan komen tentang harga dan sebagainya. Fara terima kasih sangat-sangat atas komen yang membina.

Bab harga website, Fara akan review harga dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja, Fara juga sebenarnya ada banyak product service akan datang. Maklum la, bukan nak buat website je. Tapi nak jadikan Faraain23 ni salah sebuah hub untuk organisasi dan sesiapa sahaja yang memerlukan servis kami.

Okay, itu saja lah sharing dari pengalaman Fara.Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis.